KECEKAPAN TENAGA
KECEKAPAN TENAGA🌞
→Apa itu kecekapan tenaga?
•Kecekapan tenaga bermaksud seseorang individu tersebut menggunakan tenaga dengan bijak, cermat serta berhemat. Ia juga bermaksud bahawa kita menggunakan tenaga secara minima dan tidak berlebihan.
•Badan yang bertanggungjawab dalam membangunkan serta mengawal selia program perlebelan cekap tenaga ialah Suruhanjaya Tenaga atau singkatannya (ST). Program perlebelan cekap tenaga ini adalah sememangnya bertujuan untuk menggalakkan semua industri untuk menghasilkan perkakas yang menjimatkan tenaga.
→Apakah faedah kecekapan tenaga?
•Sebagai seorang pengguna yang bijak, amalan ini bagus jika diamalkan kerana ia mempunyai banyak faedah antaranya ialah:
> menjimatkan wang
> menjimatkan penggunaan tenaga
> mengelakan pembaziran
> menjimatkan kos sara hidup
→Langkah-langkah menjimatkan penggunaan tenaga
•Selain daripada mendapat faedah melalui amalan kecekapan tenaga, kita juga boleh mengamalkan langkah-langkah penjimatan tenaga untuk pelbagai lagi faedah. Langkah ini termasuklah:
> padamkan semua perkakas elektrik yang tidak digunakan
>tidak menggunakan pendingin hawa untuk menyejukkan suasana sebaliknya menggunakan kipas meja
> gunakan perkakas elektrik yang mengamalkan penjimatan tenaga atau elektrik
> elakkan dan kurangkan memasak menggunakan elektrik sekiranya dapat dimasak menggunakan gas
→Mengapakah anda perlu menggunakan sumber tenaga dengan cekap?
•Seperti yang kita tahu, bahawa sumber tenaga semestinya digunakan dengan cekap. Mengapa? Ini supaya:
1. Sumber tenaga yang kita nikmati pada masa kini dapat digunakan lagi oleh generasi muda pada masa yang akan datang
2. Dapat mengurangkan penggunaan bahan api fosil (arang batu dan gas) yang:
*kosnya yang semakin mahal
*bekalannya yang semakin berkurangan/susut
*tidak baik kepada alam sekitar serta kesihatan manusia yang semakin merosot
3.untuk memelihara serta mengekalkan khazanah alam yang juga merupakan satu-satunya warisan kita kepada generasi muda yang akan datang.
4. untuk mengurangkan perbelanjaan seisi rumah
*label cekap tenaga ini bertujuan untuk memberi maklumat dengan lebih terperinci dalam membantu pengguna untuk memilih barangan yang cekap tenaga.
*Bintang dalam label ini menunjukkan kecekapan sesebuah perkakas tersebut dalam menjimatkan tenaga yang digunakan.
*Label yang mempunyai taraf 1 bintang menunjukkan ia mempunyai kecekapan tenaga yang rendah berbanding dengan label yang bertaraf 5 bintang dimana menunjukkan ia mempunyai kecekapan tenaga yang paling tinggi.
*Pada setakat ini label tersebut boleh didapati berlebel di peti sejuk, kipas, panghawa dingin dan television.
*Label cekap tenaga ini juga boleh membantu setiap pengguna untuk memilih dan menilai satu perkakas dengan perkakas yang lain
→Adakah kecekapan tenaga sama maksud dengan penjimatan tenaga?
•Penjimatan tenaga tidak semestinya perlu diterjemahkan kepada penggunaan tenaga dengan cekap. Malah, kedua-dua kecekapan tenaga dan penjimatan tenaga mempunyai fungsi yang hampir sama kerana kedua-duanya akan mengurangkan kos operasi dan menjimatkan tenaga.
1.Kecekapan tenaga
*Ini dapat diterjemahkan dengan aplikasi yang berteknologi tinggi seperti motor yang cekap tenaga serta lampu💡 dan lain-lain lagi.
*Ia juga melibatkan kos pelaburan yang tinggi, pakar teknologi serta kecekapan tenaga yang kebanyakkannya terdapat di industri
2.Penjimatan tenaga
*Ia dapat diterjemah melalui penggunaan tenaga secara cekap, seperti memadam semua suis elektrik yang tidak digunakan dan sebaliknya menggunakan sumber yang boleh diperbaharui seperti cahaya matahari dan lain-lain untuk menghasilkan elektrik
*Penjimatan tenaga boleh digunakan dalam semua sektor. Ia tidak memerlukan kos tetapi memerlukan perubahan tingkah laku pengguna sahaja.
→Jenis-jenis tenaga
•Jenis-jenis sumber tenaga ini kebanyakannya dapat digunakan di negara kita, Malaysia. Usaha-usaha pihak kerajaan untuk mengurangkan pelepasan gas hijau juga dapat memberi laluan yang mudah kepada teknologi-teknologi hijau supaya ia dapat berkembang dengan lebih jauh
*Tenaga solar
> Seperti yang kita tahu, Matahari merupakan sumber tenaga yang utama di dunia ini dan ia juga telah digunakan sejak zaman dahulu lagi Ia bukan sahaja digunakan untuk memanaskan sesuatu benda malah in juga digunakan untuk menjana elektrik .
> Secara umum kebanyakan tenaga yang terhasil adalah bersumberkan secara langsung atau tidak langsung daripada cahaya matahari contohnya seperti tenaga angin <haba dari matahari> , pertumbuhan pokok, peresapan serta kondensasi <pengaliran air> , dan tumbuhan lain yang digunakan sebagai sumber biomass
*Tenaga biomass
> Juga digunakan sejak masa dahulu terutamanya digunakan di dapur lama yang menggunakan kayu untuk pembakaran.
>Gas mentana yang dihasilkan dari sisa makanan serta industri dapat menghasilkan tenaga elektrik dan sekaligus dapat mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida seperti yang dilakukan pada masa sekarang.
> Teknologi pengangkutan yang sudah mula menggunakan tenaga biomass merupakan salah satu contoh yang paling mudah.
*Tenaga geotermal
> Tenaga geotermal ini dihasilkan daripada haba yang berada di bawah tanah serta dapat menghasilkan stim dan air panas yang dapat digunakan sebagai pemanas rumah dan dapat digunakan pada generator kuasa
*Tenaga angin

> Tenaga angin juga digunakan sejak dahulu lagi terutamanya bagi para pelayar yang bertujuan untuk pelayaran, kincir angin dan lain-lain. Ia terhasil apabila udara sejuk dan udara panas saling berganti
*Tenaga laut
> Tenaga laut mempunyai beberapa bentuk berasaskan daya kuasanya. Ia juga sama dengan tenaga geotermal dan tenaga ombak tetapi ia berada di dasar laut.
*Tenaga hidro
> Tenaga hidro merupakan tenaga yang dijana dengan kitaran semulajadi iaitu proses hujan dimana daya yang kuat ketika air turun dari tempat yang tinggi dihasilkan secara sekata.
> Aliran yang melepasi turbin diserap kembali dan turun semasa hujan yang menyebabkan proses ini sentiasa berterusan untuk bekalan kuasa.
Disediakan oleh:
→DENAIL PERRY
→Sm. St Michael Penampang
→13 April 2017
→Khamis
Well done to you Denail and Cynthia. Continue to make your blog an exciting place to visit.
ReplyDeletewell done !!!!
ReplyDeletegreat job ( DENAIL THE GREATEST! )
ReplyDeletewow nice job
ReplyDeleteNice
ReplyDelete